| XAXIER, FRANCIS | Mubaligh Kristian yang dinamakan 'Hawaii Hindia' kerana kebanyakan kerja-kerja pendakwahnya dilakukan di Asia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| DOK KERING | Dok kering ialah satu kawasan tempat kapal dikeluarkan dari kawasan perairan supaya kerja-kerja pembaikan boleh dilakukan terhadap kapal tersebut di bawah paras air laut. | UMUM | |
| STOPES, MARIE CARMICHAEL | Stopes, Marie Carmichael (1880–1958), ahli sains dan penulis British, terkenal kerana merintis kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan penulisannya menyentuh masalah dalam perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh, Scotland, dan mendapat pendidikan di University College, London. Dia ialah wanita pertama yang menjadi kakitangan dalam bidang sains di Manchester University. | UMUM | |
| PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan beberapa program kebajikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. | UMUM | |
| MANDAMUS | Mandamus ialah suatu perintah mahkamah yang menghendaki seseorang, mahkamah rendah, pegawai kerajaan atau pegawai swasta melakukan kerja-kerja awam. | UMUM | |
| PINGAT CALDECOTT | Pingat Caldecott ialah anugerah tahunan Amerika bagi buku bergambar kanak-kanak yang diterbitkan pada tahun sebelumnya. Ia adalah anugerah pertama yang mengiktiraf kerja-kerja ilustrator buku. | UMUM | |
| TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
| PEMVULKANAN PRODUK | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
| ANALISIS KIMIA | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| ARKITEK | Arkitek, seorang profesional yang dilatih dengan kemahiran merancang, mereka bentuk, mengatur dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |