Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
VOLTA ALESSANDRO GIUSEPPE ANTONIO ANASTASIO

Ahli fizik dan pereka berbangsa Itali. Seorang profesor dalam bidang fizik di Sekolah Diraja Como pada tahun 1774, dan seterusnya di Universiti Pavia dari tahun 1779. Menjadi terkenal bagi kerja beliau dalam bidang elektrik.

FIZIKTokoh
ZAKARIA HITAM (1912-      ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat.  Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang.  Dia lebih dikenali  dengan panggilan Pak Zek.  Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang.  Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937.  Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan.  Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970.SASTERATokoh
NEUROLOGI

Neurologi ialah bidang perubatan yang

berkaitan dengan diagnosis dan rawatan

terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem

saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf

(lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor

yang menerima latihan kepakaran dalam

neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan

latihan sambil kerja. Mereka menilai dan

merawat pesakit yang mengalami sakit kepala,

mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau

strok atau pesakit yang mendapat gangguan

seperti penyakit Alzheimer, Huntington,

meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan

Parkinson.

UMUM 
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas