Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAPIER-MÂCHÉ

Papier-mâché ialah campuran kertas dengan gam

yang digunakan untuk kerja tangan dan seni halus.

Papier-mâché merupakan bahan yang kuat untuk

membuat barangan seperti perabot, barang kemas,

topeng, patung, dan barang mainan. Artis

menggunakannya untuk membuat arca.

UMUM 
TANGAN

Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau

lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek.

Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh

bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan

pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan

menggenggam benda dan melakukan banyak

pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin

tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh

bersetentang. Untuk membantu memahami kerja

yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa

menggerakkan ibu jari anda.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
MESIN PEMBANTING

Mesin pembanting ialah mesin yang

digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk

membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya.

Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari

bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina

mesin pembanting praktikal yang pertama pada

tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting

dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu,

kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting

membolehkan petani memproses bijian dengan

lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan

tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin

telah menggantikan kebanyakan mesin

pembanting (lihat Mesin penuai kombin).

UMUM 

Kembali ke atas