| MARAIS, EUGENE | Marais, Eugene (1871–1936) ialah wartawan dan ahli alamiah Afrika Selatan. Hasil kerjanya yang terkenal telah diterbitkan dalam bahasa Afrika. | UMUM | |
| NAIPAUL, V.S. | Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan, pemindahan pelarian, keganasan politik, dan pemencilan menimbulkan kritikan yang membandingkan hasil kerjanya dengan penulis seperti Joseph Conrad, penulis Poland. | UMUM | |
| TACITUS, CORNELIUS | Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.–120 M.) ialah salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia. Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories yang mengisahkan tentang pemerintahan yang singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero. | UMUM | |
| ODETS, CLIFFORD | Odets, Clifford (1906 – 1963) ialah dramatis Amerika yang terkenal kerana dramanya tentang konflik sosial yang ditulisnya pada tahun 1930-an. Hasil kerjanya yang paling berjaya telah dipersembahkan oleh kumpulan terkenal iaitu Group Theatre . | UMUM | |
| MUHAMMAD SYAWQIY | Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.– 1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal dengan bidang kesenian penulisan khat Arab. Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy). Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M. Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya. | UMUM | |
| SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
| SUARDI SURYANINGRAT | Suardi Suryaningrat (1889–1959), nasionalis Indonesia yang terkenal. Dia mengasaskan sistem pendidikan yang dikenal sebagai Taman Siswa (taman bagi pelajar). Namanya juga dieja sebagai Suwardi. Bagi perkara yang berkaitan dengan kerjanya, dia menggunakan nama baru, Ki Hajar Dewantara. Sebagai tanda penghormatan kepadanya, pada setiap tahun Indonesia meraikan hari lahirnya, 2 Mei, sebagai Hari Pendidikan Kebangsaan, Indonesia. | UMUM | |
| STEVENSON, ROBERT | Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera awam Scotland yang dikenali sebagai pembina rumah api. Dia membina 23 rumah api di sepanjang pantai Great Britain dan mencipta sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk memandu arah kapal. Kerjanya yang paling terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland. Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang Robert Louis Stevenson ialah cucunya. | UMUM | |
| PASCAL, BLAISE | Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori kebarangkalian dalam ilmu matematik. | UMUM | |
| NADER, RALPH | Nader, Ralph (1934– ), peguam Amerika yang terkenal kerana kegiatannya menentang amalan perniagaan dan kerajaan yang dirasakannya membahayakan kesihatan dan keselamatan awam. Bukunya Unsafe at Any Speed (1965), mengkaji industri kereta di Amerika Syarikat. Penggubalan undang-undang standard keselamatan kereta baru di Amerika Syarikat sebahagian besarnya ialah dari hasil kerjanya. | UMUM | |