LAGU KEROHANIAN | | UMUM | |
EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai perantara. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
DALAI LAMA | Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat, golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang fahaman Buddha. | UMUM | |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
SASTERA SUFI | SASTERA SUFI, hasil sastera yang mengandungi unsur sufi. Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M). Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.
| SASTERA | Konsep |
ABDUL RAZAK HUSSEIN, TUN (1922–1976) | Abdul Razak Hussein, Tun (1922-1976), Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970–1976). Dia juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Malaysia’ kerana usaha gigihnya dalam menggerakkan pelbagai aspek pembangunan negara seperti pendidikan, infrastuktur, kerohanian dan ekonomi. | UMUM | |