Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ron.cong] | کرونچوڠ

Definisi : 1. berbunyi spt bunyi loceng kecil (giring­-giring); 2. berbunyi dlm perut (kerana lapar): makanan masih belum dihidangkan dan perut masing-masing sudah berkeroncong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ron.cong] | کرونچوڠ

Definisi : lagu atau irama lagu Melayu (rentak lama); berkeroncong memperdengarkan (menya­nyikan) lagu keroncong: siapa yg ~ itu? Merdu benar suaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ron.cong] | کرونچوڠ

Definisi : gelang kaki yg pada­nya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya; berkeroncong memakai gelang keroncong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ron.cong] | کرونچوڠ

Definisi : sj lagu Melayu yg popular. berkeroncong menyanyikan lagu keroncong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ron.cong] | کرونچوڠ

Definisi : ; berkeroncong, berkeroncongan berbunyi dlm perut (kerana lapar): Perutnya ~ kerana dia tidak bersarapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keroncong

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERONCONGKERONCONG, irama muzik hasil gabungan pengaruh muzik Barat dengan gamelan. Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-15 sewaktu pengaruh Portugis mula bertapak di kawasan tenggara Asia. Waktu itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa. Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas