| KERONCONG | KERONCONG, irama muzik hasil gabungan pengaruh muzik Barat dengan gamelan. Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-15 sewaktu pengaruh Portugis mula bertapak di kawasan tenggara Asia. Waktu itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa. Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |