Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruan] | کروان

Definisi : ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (di­pastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pang­kalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruan] | کروان

Definisi : sudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keruan (adjektif)
Bersinonim dengan ketahuan, terang, nyata, jelas, tentu;,

Peribahasa

Tak tentu kepala ekornya.

Bermaksud :

Tak keruan hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELESAI SUDAH

SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973).

SASTERAKarya

Kembali ke atas