Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ emas (Sej) kedatangan atau per­pindahan orang secara beramai-ramai ke kawasan atau daerah lombong emas yg baru ditemui; mengerubuti Jk mendatangi beramai-ramai utk melihat (menyaksikan dll), mengerumuni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerubut I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERUBUT EMAS UMUM 
KLONDIKE

Klondike ialah sebuah kawasan di Wilayah

Yukon, barat laut Kanada. Di sinilah berlakunya

salah satu kerubut emas yang paling besar di

dunia. Kawasan ini luasnya lebih kurang 2070

kilometer persegi, termasuk Sungai Klondike dan

cabang-cabangnya. Lihat Kerubut emas; Wilayah

Yukon.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 

Kembali ke atas