Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATARAK

Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa

mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk

kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil

dalam lensa mata mungkin tidak akan

menyebabkan kehilangan penglihatan.

UMUM 
APPOLINAIRE, GUILLAUME

Appolinaire, Guillaume (1880–1918), penyair

Perancis yang merupakan salah seorang pemimpin

seni di Paris pada dekad sebelum Perang Dunia I

(1914–1918). Kesannya terhadap syair sama seperti

rakannya Pablo Picasso dalam lukisannya.

Appolinaire bereksperimen dalam gaya

kesusasteraan moden. Sebagai pengkritik seni, dia

berjuang untuk kubisme dan lukisan abstrak awal.

Pada tahun 1917, dia mencipta perkataan surealisme

(lihat Surealisme ).

UMUM 
MEDAN ELEKTRIK

Medan elektrik wujud dalam ruang di

sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui

kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam

medan itu.

UMUM 
PERANG PETANI

Perang Petani merujuk kepada pemberontakan

petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada

tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan

pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah

negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir

tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest

dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh

rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima

kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan

memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan

mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai

Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna

hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut

petani.

UMUM 
BIOGEOGRAFI

Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
AKUSTIK

Akustik ialah kajian tentang bunyi dan kesannya terhadap pendengaran iaitu kualiti bunyi yang didengar atau disebarkan dalam sesuatu ruang.

FIZIKKonsep

Kembali ke atas