ANUGERAH KESATERIA | Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan membentuk pertubuhan ketenteraan untuk mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika Perang Salib, pelbagai golongan kesateria bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci. Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang setia semasa peperangan. Golongan agama yang paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights Templars, dan Teutonic Knights. | UMUM | |
KESATERIA DAN KESATERIAAN | Kesateria dan kesateriaan. Perkataan kesateria berasal daripada perkataan Inggeris Lama knight, yang bermaksud orang gaji peribadi. Orang Inggeris menggunakan perkataan itu untuk menghuraikan askar berkuda Perancis yang mula- mula tiba di England selepas penaklukan Norman pada tahun 1066. Kesateria hanya pahlawan yang dilengkapi dan dilatih untuk bertempur sambil menunggang kuda. | UMUM | |
NICHOLLS, SIR DOUGLAS | Nicholls, Sir Douglas (1906–1988), Orang Asli Australia yang pertama dianugerahi gelaran kesateria dan menjadi gabenor negeri. Dia berkhidmat sebagai gabenor negeri di Australia Selatan pada tahun 1976 dan tahun 1977. Dia dianugerahi darjah kesateria pada tahun 1972 sebagai pengiktirafan terhadap perjuangannya kepada penduduk Orang Asli Australia . Dia merupakan anggota pengasas Aborigines’ Advancement League dan menjadi pengarahnya pada tahun 1969. Douglas Ralph Nicholls lahir di Cummeragunja di New South Wales. Pada mulanya, dia lebih dikenali sebagai ahli tinju, pelumba lari, dan pemain bola sepak. Kemudian, dia menjadi pastor Churches of Christ Aborigines’ Mission di Fitzroy, Victoria. | UMUM | |
RICHARDS, SIR GORDON | Richards, Sir Gordon (1904–1986), joki British yang pertama menerima gelaran kesateria. Dia menerima anugerah ini pada tahun 1953 untuk khidmatnya dalam bidang lumba kuda. Richards lahir di Oakengates, Shropshire. | UMUM | |
CHRÉTIEN DE TROYES | Chrétien de Troyes ialah penyair Perancis yang menulis dari tahun 1160 hingga tahun 1190. Dia memperkenalkan kisah-kisah King Arthur dan Kesateria Round Table ke dalam kesusasteraan Perancis. | UMUM | Umum |
KNIGHTS TEMPLARS | Knights Templars ialah ahli satu kumpulan tentera agama bagi kesatriaan Kristian. Kumpulan ini telah diasaskan pada kira-kira tahun 1119 di Baitulmaqdis oleh kesateria Perancis, Hugh des Payens dan Godfrey dari St. Omer. Kumpulan ini pada mulanya dinamakan “the poor Fellow- Soldiers of Christ and the Temple of Solomon” kerana kemiskinan mereka dan penginapan yang diberikan kepada mereka oleh Raja Baldwin II dari Baitulmaqdis. Penginapan ini terletak di laman istana raja yang dikenali sebagai Temple of Solomon. | UMUM | |
MICHAELMAS | Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada 29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja England, dan pada 8 November di gereja Greek, Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai memperingati Saint Michael yang digelar ‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M. Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik. Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan Cambridge. | UMUM | |
MOTT, SIR NEVILL | Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah berkenaan logam dan semikonduktor yang digunakan untuk membuat transistor. Dia juga membuat kajian mengenai mekanisme yang menyebabkan imej pendam (imej yang tidak berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962. | UMUM | |
SULEIMAN I | Suleiman I (1494–1566), menjadi terkenal di dunia Barat sebagai “The Magnificent” tetapi di kalangan rakyatnya sendiri sebagai “The Lawgiver”. Baginda adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah. Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia, tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali. Suleiman menawan pulau Rhodes daripada Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan menghukum bunuh dua daripadanya. | UMUM | |
SMITH | Smith ialah nama keluarga dua bersaudara Australia yang membuat penerbangan pertama antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama James Bennett dan Wallace Shiers, menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28 hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria kerana kejayaan mereka. | UMUM | |