Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.di.han] | کسديهن

Definisi : perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.di.han] | کسديهن

Definisi : perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DI DALAM LEMBAH KEHIDUPAN DI DALAM LEMBAH KEHIDUPAN, kumpulan cerpen karya HAMKA yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta, Indonesia, pada tahun 1941. Kumpulan ini mengandungi 12 cerpen yang mengungkapkan kesedihan manusia.SASTERAKarya
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas