REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. | UMUM | |
EPICURUS | Epicurus (342?–270 SM) ialah ahli falsafah Yunani. Pendapatnya tentang keseronokan, kebebasan, dan persahabatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan Yunani-Rom. | UMUM | |
KOLAM RENANG | Kolam renang. Berjuta-juta penduduk di kebanyakan negara gemarkan keseronokan dan rekreasi yang disediakan oleh kolam renang. Sesetengah kolam renang digunakan untuk pertandingan berenang. Rencana ini membincangkan kolam renang peribadi. Untuk maklumat tentang kolam renang yang digunakan dalam pertandingan, lihat Berenang. | UMUM | |
SUKAN | Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang dimainkan secara individu atau berpasukan. Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk riadah atau senaman yang menyihatkan badan. | UMUM | |
MAETERLINCK, MAURICE | Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. | UMUM | |
SENI LUKIS | Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah menyusun warna pada permukaan dengan cara untuk menyatakan idea mereka tentang manusia, dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan keseronokan dan maklumat kepada manusia. | UMUM | |
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL- | Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./ 1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah salah seorang muridnya yang telah membilang karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya- karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al- Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin, sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al- Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al- Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain. | UMUM | |
SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |