Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.ka.ran] | کسوکرن

Definisi : 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.ka.ran] | کسوکرن

Definisi : 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Peribahasa

Takut akan lumpur,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEHIDUPAN

Kehidupan. Kebanyakan orang menghadapi

sedikit kesukaran untuk membezakan benda hidup

daripada benda bukan hidup. Misalnya, mereka

mudah mengenal bahawa rama-rama, kuda, dan

pokok adalah hidup, tetapi basikal, rumah, dan

batu adalah tidak hidup. Kita menamakan sesuatu

itu hidup jika ia dapat melakukan aktiviti tertentu,

seperti pertumbuhan dan pembiakan.

UMUM 
ASMA

Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan

nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang

penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan

mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya

termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa

menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit

semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin

tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia

kelemasan.

UMUM 
EMFISEMA

Emfisema ialah penyakit paru-paru yang

pesakitnya akan menghadapi kesukaran bernafas,

terutamanya apabila mereka menghembuskan

nafas.

UMUM 
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
PONDOK BALAK

Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman

terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di

Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat

berlindung kepada manusia yang tinggal di

kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan.

Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan

nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup.

Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah

lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson,

James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan

James Garfield dengan bangganya mengaku

dilahirkan di petempatan seperti ini.

UMUM 
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 
TELEGRAF MELALUI DARAT

Telegraf melalui darat merentasi Australia

sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin,

tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf

dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang

pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia

Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja

pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap

pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak

kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau

Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872.

UMUM 
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 
12

Kembali ke atas