Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sul.ta.nan] | کسلطانن

Definisi : 1. kawasan (wilayah) yg dipe­rintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau peme­rintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sul.ta.nan] | کسلطانن

Definisi : 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesultanan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN MELAKAKESULTANAN MELAKA, kesultanan pertama dan tertua di Malaysia. Dalam sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melaka merupakan salah sebuah kesultanan yang tertua, selain Kesultanan Pasai. Kesultanan Melaka bermula sekitar tahun 1400 dan ditumpaskan oleh Portugis pada tahun 1517.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN BRUNEI

KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN PAHANG

KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN PERAKKESULTANAN PERAK, institusi kerajaan Perak. Menurut Sejarah Melayu, pengasas Kesultanan Perak ialah Raja Muzaffar Syah, putera sulung Sultan Mahmud Syah (1488-1511), Sultan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN MELAYU

KESULTANAN MELAYU, institusi kerajaan bagi Ke­dah, Perak, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perlis, Pa­hang dan Johor. Kerajaan pula ialah institusi pemerintahan bagi Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN DELHI

Kesultanan Delhi ialah kerajaan Islam yang

terkenal pada masa dahulu yang merangkumi

Bangladesh, India dan Pakistan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas