Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.ma] | کسوما

Definisi : 1. sl bunga; 2. perempuan cantik yg elok (molek, rupawan); 3. bangsawan; ~ bangsa ki pemuda dan pemudi (dlm sesuatu bangsa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.ma] | کسوما

Definisi : 1 bunga: ~ bangsa bunga bangsa (harapan bangsa). 2 ki wanita yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesuma
Rujuk :bunga

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTAKU OH KOTAKU

KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA).

BUDAYAKarya
SIRAT AL-MUSTAQIM

SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri.  Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644.  Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu.  Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui.  Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680.  salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone.  Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102.  Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman.

SASTERAKarya

Kembali ke atas