Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.gi.han] | کتاݢيهن

Definisi : dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.gi.han] | کتاݢيهن

Definisi : 1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tagih2
Kata Terbitan : ketagih, ketagihan, penagih,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METADON

Metadon ialah dadah yang digunakan dalam

program percubaan yang bertujuan untuk

membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap

dadah seperti heroin, morfin atau candu.

Kebanyakan program seperti ini juga meliputi

kaunseling untuk membantu penagih mengatasi

masalah psikologi, sosial dan pekerjaan.

UMUM 
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 
ANOREKSIA NERVOSA

Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang

membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini

biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita

muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera ,

walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam

keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan

disebabkan oleh alasan psikologi.

Sesetengah penghidap anoreksia mengalami

perasaan ketagihan makanan, yang disebut

bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan

dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa

diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan.

Lihat Bulimia.

UMUM 

Kembali ke atas