KETAM LABAH-LABAH | Ketam labah-labah ialah nama ahli bagi famili ketam yang menyerupai labah-labah. Kebanyakan ketam labah-labah mempunyai badan bundar dan kaki yang panjang dan kurus, dan haiwan ini berjalan agak perlahan. | UMUM | |
RAPANG KETAM | Rapang ketam ialah burung randuk yang terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna hitam. | UMUM | |
KETAM | Ketam ialah haiwan yang diliputi oleh cangkerang keras dan mempunyai kaki bersendi. | UMUM | |
KETAM REBAB | Ketam rebab ialah haiwan pembuat lubang yang hidup di sepanjang pantai berpasir atau berlumpur dan rawang garam di kawasan tropika dan kawasan sederhana. | UMUM | |
KETAM BIRU | Ketam biru sering dijadikan makanan di timur Amerika Syarikat. | UMUM | |
KETAM KAYU | KETAM KAYU, alat pertukangan kayu untuk melicinkan permukaan kayu. Alat ini digunakan oleh tukang kayu, terutamanya dalam pertukangan rumah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KANSER | Kanser, <I>ketamI>, ialah buruj malap yang terletak di antara bintang Castor dengan bintang Pollux pada satu bahagian, dan bintang Sabit Leo pada bahagian yang satu lagi. Ia lambang keempat zodiak. | UMUM | |
SPOONBILL | Spoonbill ialah burung randuk yang kelihatan seperti burung sekendi. Burung ini mempunyai paruh berbentuk sudu, yang dihayun dari sisi ke sisi dalam air semasa ia mencari ikan, serangga air, dan ketam kecil. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
KRUSTASEA | Krustasea ialah haiwan invertebrat yang mempunyai banyak kaki bersendi. Krustasea tidak bertulang. Cangkerang yang dikenali sebagai <I>rangka I> <I>luar I>meliputi badannya. Ketam, udang krai, udang kara, dan udang geragau ialah krustasea, seperti juga teritip, pinjal air, dan kutu kayu. | UMUM | |