Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tang.ka.san] | کتڠکسن

Definisi : perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigap­an: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tang.ka.san] | کتڠکسن

Definisi : keadaan atau sifat tangkas; kecepatan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIR IMAD AL-HUSNI

Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015

M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di

Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas

bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq)

mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan

tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak

kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di

Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi.

Dari situlah dia menekuninya, kemudian

mencantikkannya dan menjadikannya lebih

terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak

kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan

kepakarannya dalam khat-khat yang lain.

Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak

pada keindahan hubungan dalam khat tersebut,

perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya.

UMUM 

Kembali ke atas