TANAH ATAS | Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah. Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25 sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman. Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang dikenali sebagai humus , satu sumber makanan penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman. Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian, landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan utama pemuliharaan tanah. | UMUM | |
TIANG | Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas. Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang kerap disusun berderet untuk membolehkan ketebalan dinding dikurangkan dengan menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan, merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam dan konkrit. | UMUM | |
ATOM | Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim. Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion atom. | UMUM | |
MIKROTOM | Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk memotong bahan menjadi sangat nipis supaya keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen, pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat juga Mikroskop; Mikrotomi. | UMUM | |
ISOPAK | Isopak merujuk kepada garis selintap yang menyambungkan dua atau lebih kawasan yang mempunyai ciri stratigrafi dan sifat ketebalan batuan yang seragam. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ISOSTASI | Isostasi ialah keadaan keseimbangan graviti di antara litosfera dengan asenosfera, iaitu apungan plat tektonik pada aras tinggi bergantung pada ketebalan dan ketumpatannya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
OSTEOSKLEROSIS | Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. | UMUM | |
SEISMOGRAF | Seismograf ialah alat yang menguatkan dan merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan seismograf untuk mencari minyak, mengkaji bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan glasier. | UMUM | |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |