Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.gu.ran] | کتݢورن

Definisi : 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.gu.ran] | کتݢورن

Definisi : jatuh sakit kerana kononnya diganggu oleh hantu; tersampuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETEGURANKETEGURAN, penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan atau teguran hantu. Penyakit ini wujud dalam rangka kepercayaan warisan masyarakat Melayu, iaitu mempercayai bahawa makhluk halus khususnya hantu, telah menegur manusia dengan tujuan tertentu, misalnya untuk mengusik. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang lemah semangat yang biasanya mengalami keteguran.BUDAYAPenyakit
MENURUN

MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh.  Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional.  Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit.  Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya.

BUDAYAKaedah

Kembali ke atas