Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ten.te.ra.man] | کتنترمن

Definisi : 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ten.te.ra.man] | کتنترمن

Definisi : 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketenteraman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 
SMITH, ADAM

Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi

moden. Buku Smith yang terpenting ialah The

Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the

Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku

yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya

lengkap yang pertama tentang ekonomi politik.

Buku ini membincangkan perhubungan antara

kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses

ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh

sistem merkantil British terhadap perdagangan

bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini

disulam bersama untuk membentuk teori sosial

yang seragam.

UMUM 
TEMENGGUNG

TEMENGGUNG, pegawai atau jawatan pembesar dalam sistem politik dan birokrasi Melayu tradisional yang bertanggungjawab atas keselamatan dan ketenteraman dalam negeri. Dalam sistem tersebut, sultan atau raja menjadi ketua pemerintah dan pentadbir. Di bawah sultan terdapat sekumpulan pembesar negeri terdiri daripada bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana dan syahbandar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas