PERCERAIAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam. Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai. Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh meminta cerai. Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi. Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal. Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah. | BUDAYA | Konsep |