Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perin­tah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak I

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kecek bagai ketiak ular.

Bermaksud :

Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM LIMPASistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘<I style="mso-bidi-font-style: normal">Peyer’s patchI>’ (pada bahagian usus) dan apendiks. BIOLOGISistem

Kembali ke atas