Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635 M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri baru Islam. Nama penuhnya ialah al- Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al- Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid menghantar bantuan kepadanya sebagai permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina ‘Umar turut membantunya dengan menghantar tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina ‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al- Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Lihat Syam. |