Analgesik ialah sebarang dadah yang menghilangkan rasa sakit tanpa menyebabkan ketidaksedaran. Manusia menggunakan pelbagai analgesik untuk menghilangkan atau mengurangkan banyak jenis kesakitan. Aspirin, analgesik yang relatifnya ringan, menghilangkan sakit kepala, sakit otot, dan beberapa ketidakselesaan kerana selesema. Doktor mungkin mempreskripsi analgesik yang lebih kuat, seperti Codeine, bagi kesakitan yang teruk akibat kecederaan belakang badan, luka terbakar yang serius, dan penyakit seperti kanser. |