MENARA KUALA LUMPUR | Menara Kuala Lumpur ialah menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian Berhad (MKLSB), iaitu sebuah anak syarikat TELEKOM Malaysia. | UMUM | |
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA | PENGAJIAN Melayu DI RUSIA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow). Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow. Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun. Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
KESUSASTERAAN SEPANYOL | Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu daripada kesusasteraan yang paling kaya dan pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah. Selain mempunyai keperibadian yang teguh, penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik, berwarna-warni, humor, dan berlirik. | UMUM | |