Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.to.ko.han] | کتوکوهن

Definisi : perihal tokoh: Tuan Hess mempelajari roman dan perawakan serta ~ si Misai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.to.ko.han] | کتوکوهن

Definisi : keadaan atau sifat (sbg) tokoh: Dia terpilih menjadi pengawas kerana mempunyai ~ sbg pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketokohan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWANG SEMAUN

AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera  sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya.

SASTERAKonsep
NAGARAKARTAGAMA

NAGARAKARTAGAMA, karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
EPIK WARISAN ISLAM

EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas