SAKARAN DANDAI, TUN | Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002). Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah, dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said sebagai Ketua Menteri Sabah. | UMUM | |
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN | Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918– 1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama (1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN YA'KUB, TUN | ABDUL RAHMAN YA’KUB, Tun (1928- ),Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981) dan yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981-1986). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MOHAMAD FUAD STEPHENS, TUN | Mohamad Fuad Stephens, Tun (1920-1976), Ketua Menteri Sabah dari tahun 1963 hingga 1965, dan 1976. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN ABDUL JAMIL | TUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor. Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an. Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil. Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja. Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL HAMID OMAR, TUN | ABDUL HAMID OMAR, Tun (1929-2009), Ketua Hakim Negara (1988-1994). Dia lahir pada 25 Mac di Kuala Perlis, Perlis. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kangar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, TUN | SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, Tun, (1906-1975), Ketua Hakim Negara (1966) dan Gabenor Pulau Pinang yang keempat (1969-1974). Beliau lahir pada 10 November 1906 di Alor Setar, Kedah. Syed Sheh mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Kedah. Di sana, beliau memasuki Inner Temple untuk mengikuti kursus undang-undang dan lulus pada tahun 1934. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD SARJI ABDUL HAMID, TUN | Ahmad Sarji Abdul Hamid, Tun (1938- ), Ketua Setiausaha Negara yang kesembilan (1990-1996). Beliau lahir pada 16 September 1938 di Tapah, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |