Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.juh.tu.juh] | کتوجوه-توجوه

Definisi : tujuh-tujuh sekali, tujuh semua­-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan ber­jaya dlm hidup masing-masing; ~ maja­lah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.juh.tu.juh] | کتوجوه-توجوه

Definisi : bertujuh sekali; bertujuh semua­nya: ~ orang pemain bola jaring itu ke­letihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketujuh-tujuh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
ORANG BRUNEI

ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MINGGU

Minggu ialah pembahagian masa yang

mengandungi tujuh hari. Tidak diketahui dengan

tepat bagaimana pembahagian masa ini bermula,

tetapi orang ibrani purba adalah antara orang

pertama yang menggunakannya. Menurut buku

Genesis dalam Bible, dunia ini dijadikan dalam masa

enam hari dan pada hari ketujuh, atau hari Sabbath,

ialah hari untuk berehat dan beribadah.

UMUM 
SEPTEMBER

September ialah bulan kesembilan dalam

setahun menurut kalendar Gregory yang

kini digunakan hampir di seluruh dunia.

September merupakan bulan ketujuh dalam

kalendar lama Rom purba dan namanya berasal

daripada perkataan Latin, Septem yang

bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi

bulan kesembilan apabila orang Rom purba

menggerakkan permulaan tahun mereka dari

1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai

29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja

Rom Augustus.

UMUM 

Kembali ke atas