Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu/.ke.tu/] | کتوق٢

Definisi : sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memang­gil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu/.ke.tu/] | کتوق٢

Definisi : ; ~ kadal sj per­mainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu/.ke.tu/] | کتوق٢

Definisi : alat isyarat drpd kayu berongga atau buluh (dipukul utk menandakan sudah masuk waktu sembahyang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketuk-ketuk

Puisi
 

Teluk Yong Kemadu Angsa,
     Tiga dengan Teluk Melati;
Ketuk dek tudung haram tak biasa,
     Hanya menjeling sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KENTUNGKENTUNG, alat yang dipalu untuk menyatakan waktu sembahyang atau menyampaikan maklumat kepada orang ramai seperti kematian dan sesuatu kecemasan.  Kentung juga dipanggil `ketuk-ketuk'.BUDAYAAlat/Alatan
KETOPRAKKETOPRAK, seni lakon di Jawa Tengah. Ketoprak diperkenalkan pada tahun 1920-an. Asal usul lakonan ini bermula daripada kisah seorang pegawai Pakubuwono IX di Yogyakarta yang tertarik hati pada sekumpulan wanita desa yang sedang menyanyi sambil menumbuk padi dengan menggunakan lesung. Bunyi dan irama lesung itu telah menarik perhatian pegawai tersebut. Dia, kemudiannya, menggubah irama tersebut dengan mengadunkannya dengan alat muzik tradisional yang lain. Hasil ciptaannya ini dinamakan ketoprak, iaitu berasal daripada perkataan ‘ketuk’.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas