TENTAKEL | Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu. Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa sebagai makanan. Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska (Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong . | UMUM | |
TELAPUK | Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk. Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit). | UMUM | |
PURU | Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh- tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji. | UMUM | |
TAHI LALAT | Tahi lalat ialah ketumbuhan berwarna pada kulit. Tahi lalat terdiri daripada sel yang mengandungi melanin, iaitu pigmen gelap. Tahi lalat mungkin wujud sejak lahir dan lazimnya dikenali sebagai tanda lahir. Walau bagaimanapun, kebanyakan tahi lalat mula muncul semasa kanak-kanak atau dewasa. Tahi lalat mungkin terdapat di mana-mana bahagian tubuh. Ia berbeza-beza dari segi saiznya dan mungkin rata atau timbul. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda kepada hitam. Kebanyakan tahi lalat kecil dan tidak berubah. Sesetengah tahi lalat mempunyai bulu hitam yang panjang. | UMUM | |
KUTIL | Kutil atau ketuat ialah ketumbuhan keras dan kasar yang terdapat pada permukaan kulit. Bentuk, saiz, dan bilangan kutil berbeza-beza dan ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja pada kulit. Bahkan ia boleh muncul pada bibir atau lidah. | UMUM | |
RACUN KULAT | Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit kulat telah memusnahkan tanaman kentang di Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga menyebabkan hawar berangan yang membunuh ribuan pokok berangan Amerika di Amerika Syarikat pada awal tahun 1900-an. | UMUM | |
KEMATU | Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit). Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) dan menyebabkannya menjadi nipis dan lembut. Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada badan apabila tekanan dan geseran mencederakan kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh. | UMUM | |
AMPUTASI | Amputasi merujuk kepada pemotongan tangan atau kaki, sebahagian daripada tangan atau kaki, atau bahagian badan yang lain, melalui pembedahan. Amputasi mungkin perlu dilakukan akibat kecederaan yang serius, jangkitan, ketumbuhan, atau penyakit lain. | UMUM | |
TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
PUFIN | Pufin juga dikenali sebagai nuri laut , ialah burung yang hidup di perairan Artik di Lautan Atlantik dan Pasifik. Ia mempunyai badan yang gemuk, kepala yang besar, dan paruh yang tinggi, leper. Semasa musim membiak, ketumbuhan yang berwarna terbentuk pada paruh pufin jantan. | UMUM | |