Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa, daun nipah dll yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi atau pulut yg dimasak di dlm sarung daun kelapa yg dianyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketupat

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(19)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUPAT

Ketupat ialah sejenis makanan tradisional

Melayu yang biasanya dibuat dan dihidangkan

pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa.

UMUM 
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas