| TALASEMIA | Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan sesetengah orang Asia dan Timur Tengah. Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan, kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu, khususnya tulang di bahagian muka. | UMUM | |
| ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
| ANAS IBN MALIK | Anas ibn Malik (10 S.H.–93 H./612 M.–712 M.) ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dari golongan Ansar. Salasilah keturunannya berkait dengan Bani al-Najjar daripada suku al-Khazraj . | UMUM | |
| NABI ILIAS A.S. | Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s. kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan kesesatan yang meluas di kalangan mereka. Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan menyembah berhala dan beralih kepada menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka tidak menerimanya. | UMUM | |
| RABI’AH AL-’ADAWIYAH | Rabi’ah al-’Adawiyah (?–135 H./?–752 M.), pujangga yang terkenal dalam mendeklamasikan syair sufi pada abad ke-25 H. Nama penuhnya ialah Rabi’ah bint Ismail. Dia digelar Ummu al-Khayr. Salasilah keturunannya adalah daripada suku ‘Adawiyah. | UMUM | |
| MONMOUTH, DUKE OF | Monmouth, Duke of (1649–1685) ialah orang Inggeris yang mengetuai satu pemberontakan yang gagal menentang Raja James II. Dia ialah anak lelaki Charles II dengan seorang perempuan Welsh bernama Lucy Walter. Dia berhak mewarisi takhta England. Terdapat sedikit keraguan mengenai keturunannya, tetapi Charles mengaku Monmouth adalah anaknya. | UMUM | |
| KEJURUTERAAN GENETIK | Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan kepada teknik mengubah gen (bahan keturunan) atau gabungan gen dalam organisma. Sel bagi semua organisma hidupan mengandungi gen. Gen membawa maklumat kimia yang menentukan ciri-ciri organisma. Dengan mengubah gen organisma, ahli sains dapat memberikan organisma dan keturunannya sifat-sifat yang berbeza. | UMUM | |
| MUTANABBIY, AL- | Mutanabbiy, al- (303 H.–354 H./915 M.–965 M.), penyair. Nama penuhnya ialah Abu al-Tayyib Ahmad ibn al-Husayn ibn al-Hasan ibn ‘Abd al- Samad al-Ja‘fiy al-Kindy. Tiada siapa yang mempertikaikan bahawa dia adalah penyair terkemuka pada abad keempat Hijrah. Garis keturunannya sampai kepada Kahlan di Yaman, iaitu satu kabilah Arab yang terkenal petah bercakap. | UMUM | |
| SISTEM KETURUNAN NASAB IBU | SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan. Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu. Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama. Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka. | BUDAYA | Konsep |
| SANG SAPURBA | SANG SAPURBA, ( ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru. Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang. Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak. Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya. Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah. Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara. Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat. Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana. Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |