KEUPAYAAN | Keupayaan lihat Kecerdasan. | UMUM | |
METER KEUPAYAAN | Meter keupayaan ialah alat yang mengukur arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan dengan membandingkan daya elektromotif yang tidak diketahui dengan daya elektromotif yang diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur kawalan dalam litar dan alat elektronik. Lihat juga Ampere. | UMUM | |
KEANJALAN | Keanjalan ialah keupayaan pepejal kembali ke bentuk dan saiz asalnya selepas ia diubah bentuk oleh sesuatu daya. Semua pepejal mempunyai keanjalan. | UMUM | |
TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
ALOTROPI | Alotropi, dalam kimia ialah keupayaan sesuatu unsur wujud dalam lebih daripada satu bentuk. Bentuk-bentuk ini dinamakan alotrop . | UMUM | |
OPTOMETRI | Optometri ialah profesion yang berkaitan dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri memeriksa kesihatan mata dan penglihatan. Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah fokus dengan mudah. Ahli optometri mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh untuk membetulkan penglihatan yang rosak. Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi penglihatan untuk membantu seseorang mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli optometri mendiagnosis gejala yang menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana bahagian badan yang lain, orang berkenaan dirujuk kepada doktor. | UMUM | |
BIOSENSOR | Sejenis alat analisis yang menggabungkan alat elektronik dan keupayaan pengenalan spesifik bahan aktif biologi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
KELUMPUHAN SPASTIK | Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila keupayaan mengawal otot berkurang akibat kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran. Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau kecederaan lain. | UMUM | |
PERTUMBUHAN SEMULA | Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan bahagian yang hilang atau yang rosak dengan tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika pohon atau pokok renek dicantas berhampiran dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span, snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam, dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar, mata, dan kaki yang baru. | UMUM | |
KATALEPSI | Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan untuk bergerak. | UMUM | |