KEWARGANEGARAAN | Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan selalunya mempunyai makna yang lebih luas dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang- kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak untuk memegang jawatan awam. Mereka juga mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar cukai dan melindungi negara. | UMUM | |
KUMPULAN ETNIK | Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang membezakan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan mungkin mempunyai pertalian nenek moyang, budaya, bahasa, kewarganegaraan atau agama, atau kombinasi antara aspek-aspek tersebut. | UMUM | |
SUAKA | Suaka, dalam undang-undang antarabangsa, ialah naungan dan perlindungan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut undang-undang kebangsaan serta undang-undang dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh meminta suaka jika mereka takut penganiayaan yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka. Penindasan politik merupakan sebab utama sesebuah negara memberikan suaka. | UMUM | |
PALANG MERAH | Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih daripada 170 buah negara mempunyai persatuan Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan agama. | UMUM | |