Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wi.ra.an] | کويراءن

Definisi : sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wi.ra.an] | کويراءن

Definisi : sifat-sifat seorang wira; kepahlawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wira (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan pahlawan, lelaki, jaguh, perwira, pendekar, kesateria, wirawan, bahadur, jago;,
Kata Terbitan : kewiraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGERAKAN FENIAN

Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang

yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk

membebaskan Ireland daripada pemerintahan

Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan

Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula

merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan.

Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada

Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat

Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan

rupa]).

UMUM 
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas