SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
MANLY COVE | Manly Cove, di Pelabuhan Sydney, Australia, diberi nama oleh Gabenor Arthur Phillip yang tertarik dengan “keyakinan dan sifat kelelakian” Orang Asli Australia semasa dia mula-mula mendarat di situ pada bulan Januari 1788. | UMUM | |
SWINBURNE, ALGERNON CHARLES | Swinburne, Algernon Charles (1837–1909) ialah penyair Inggeris yang penting. Dia mengejutkan England pada Zaman Victoria dengan kesukaannya berfoya-foya dan keyakinan agama dan politiknya yang tidak ortodoks. Puisi-puisinya yang penuh keghairahan memeranjatkan banyak pembaca. Kini kehidupan dan puisi Swinburne tidak lagi begitu luar biasa dan memeranjatkan seperti sebelum itu. Walau bagaimanapun, kemahiran teknikal puisinya yang luar biasa masih mengekalkan kehebatannya dengan mengejutkan. | UMUM | |
AKIDAH | Akidah, keyakinan dan kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak bersekutu, serta mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran. | AGAMA | Kepercayaan |
TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS | TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, novel karya Shahnon Ahmad. Novel ini diterbitkan pada tahun 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tunggul-tunggul Gerigis menggambarkan wajah manusia dengan keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Bagi mereka, kebenaran adalah di pihak mereka dan pihak lawan dianggap sebagai musuh. | SASTERA | Karya |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |