Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep kilogram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kg


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GENDANG GANGSA

GENDANG GANGSA, gendang yang diperbuat daripada gangsa termasuk bahagian atas sebagai palunya. Dengan sekeping logam nipis berbentuk tong, tanpa bahagian bawah, gendang gangsa dibentuk. Sebahagian besar gendang gangsa yang ditemui mempunyai ragam hias yang menarik dan mempunyai saiz antara 20 cm hingga 120 cm dengan berat 23 kg hingga 122.9 kg.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
KILOGRAM

Kilogram ialah unit jisim (kuantiti jirim) dalam

sistem metrik. Ia ialah salah satu unit asas dalam

sistem sukatan ini, dan simbolnya ialah kg. Satu

kilogram mempunyai jumlah jisim yang hampir

sama dengan 1000 sentimeter padu air pada suhu

4°C. Kilogram juga digunakan untuk menyukat

berat.

UMUM 
ENTALPISifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SUT ANGKASA

Sut angkasa ialah pakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa. Pakaian ini mempunyai sistem sokongan hayat bagi melindungi angkasawan dari extravehicular activities (EVA). EVA adalah aktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa semasa berada di angkasa lepas. Pada pakaian ini juga terdapat sistem tekanan dalaman sebesar 0.35-1 kg/cm² yang mempunyai bekalan oksigen bagi pernafasan angkasawan, sistem telekomunikasi, dan sistem penyejuk bagi tujuan keselesaan.

 

FIZIKAlat/Alatan

Kembali ke atas