Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT KHABAR

Surat khabar ialah penerbitan yang

dikhususkan terutamanya untuk melaporkan dan

membuat ulasan sesuatu berita. Surat khabar ialah

saluran yang terbaik untuk mengetahui peristiwa

semasa. Surat khabar juga memainkan peranan

penting dalam membentuk pendapat awam.

UMUM 
RESENSI BUKU

Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan

dalam surat khabar atau majalah berkala yang

mengumumkan penerbitan buku baru,

menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai

resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan

kemampuan orang yang membuat resensi dan juga

keadilannya dalam membuat penilaian terhadap

buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi

harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang

subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan

menganalisis karya, dan standard kritikan yang

tinggi. (Lihat Kritikan ).

UMUM 
PROSA

Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan

harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua

bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu

lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis

dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi,

esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama.

Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama

yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa

juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri

kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis

prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi

seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah

penulis pula menggubah prosa yang sangat

berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak

dapat membezakan dengan jelas antara prosa

dengan puisi.

UMUM 
SURAH AL-NABA'

Surah al-Naba’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-78 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 40 ayat.

Surah ini dinamakan al-Naba’ (khabar yang besar)

kerana ia merupakan pokok perbicaraan surah ini.

UMUM 
KABA

KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini.

SASTERATokoh
O'CONNOR, THOMAS POWER

O’Connor, Thomas Power (1848 –1929) ialah

wartawan dan ahli politik Ireland yang menjadi wira

dalam nasionalisme Ireland. Dia berkhidmat dalam

Parlimen British dari tahun 1880 hingga tahun 1929.

O’Connor lahir di Athlone, dalam kaunti

Westmeath. Dia mula bekerja sebagai wartawan

bagi sebuah surat khabar Dublin pada tahun 1867.

Dia kemudian mengasaskan dan menyunting Star

London, Sunday Sun, T.P’s Weekly, dan akhbar-

akhbar lain yang diterbitkan di London. Dia juga

menulis buku dan makalah.

UMUM 
NERO

Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang

memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal

dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih

dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan

sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero

membina Golden House, istana yang sangat besar,

di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu.

Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero

memulakan kebakaran supaya dia boleh membina

istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang

Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak

popular di Rom, dan membunuh mereka.

UMUM 
KABA MINANGKABAU

KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata.

SASTERAKarya
TUHFAT AL-NAFIS

TUHFAT AL-NAFIS, buku sejarah yang ditulis oleh Raja Ali Haji.  Buku ini berdasarkan versi yang lebih ringkas yang disusun oleh ayahnya Raja Ahmad, di Pulau Penyengat, Riau pada tahun 1860-an.  Tuhfat al-Nafis ditulis sebagai menyatakan salasilah, perjalanan, tawarikh dan segala khabar daripada raja-raja Melayu serta Bugis.  Dalam bahasa Arab, Tuhfat al-Nafis bermakna hadiah yang berharga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
SASTERA PERANAKAN

SASTERA PERANAKAN, bentuk sastera yang dihasilkan oleh masyarakat Cina Peranakan di Malaysia.  Ia juga dikenal sebagai Sastera Baba.  Masyarakat Cina Peranakan menghasilkan sastera ini pada abad ke-19, iaitu sebelum Perang dunia Kedua.  Sastera ini ditulis dalam bahasa Melayu.  Karya sastera  peranakan banyak tersiar dalam akhbar dan majalah seperti  Bintang  Timur, Bintang Peranakan, Khabar Ucapan Baru dan  Straits Chinese Magazine yang diterbitkan di Singapura antara tahun 1894 hingga tahun 1930.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas