ENSIKLIKAL | Ensiklikal (encyclical) ialah surat daripada ketua agama Kristian, khasnya paus, yang bertujuan untuk edaran am antara gereja. | UMUM | |
KOREL | Korel ialah muzik untuk him, yang merujuk khasnya kepada him Gereja Protestan Jerman. | UMUM | |
DIALEK MELAYU KEDAH | DIALEK MELAYU KEDAH, dialek yang umumnya digunakan di utara Semenanjung Malaysia, khasnya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara. Walaupun meliputi empat negeri, dialek ini lazimnya dinamakan dialek Melayu Kedah (DMK) kerana negeri Kedah merupakan kawasan yang paling luas mempunyai penutur dialek ini. Oleh sebab kawasannya luas, dialek ini dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek Perlis-Pulau Langkawi, Kedah Pesisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang. | BAHASA | Bahasa |
SEMUTAR | SEMUTAR, sejenis kain panjang dan nipis yang dililit di kepala orang lelaki khasnya di pantai timur, Semenanjung Malaysia. Semutar menjadi penutup kepala basahan atau harian yang dipakai oleh golongan rakyat biasa yang bekerja sebagai nelayan, peladang, petani atau peniaga. | BUDAYA | Adat |
ADAT PERKAHWINAN PATANI | ADAT PERKAHWINAN PATANI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Patani di selatan Thailand. Adat perkahwinan di kalangan masyarakat ini dinamakan ‘keghijo menikoh’ yang berasal daripada perkataan akad nikah. Upacaranya hampir sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia khasnya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. | BUDAYA | Konsep |
JAMAL UL-KIRAM II | JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32. dia lahir di Filipina. Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32. dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir. Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya. Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HUKUM KANUN MELAKA | HUKUM KANUN MELAKA, teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444), dan kandungannya diperbaiki serta ditambah pada zaman pemerintahan sultan-sultan Melaka yang terkemudian. Teks ini menjadi prototaip kepada undang-undang Melayu lama yang lain, khasnya Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Riau. | BUDAYA | Karya |
ANGIN TIMUR LAUT | ANGIN TIMUR LAUT, novel karya S. Othman Kelantan yang diterbitkan oleh Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1969. Novel ini membawa tema kemiskinan dan penderitaan hidup kaum nelayan di Pantai Timur Semenanjung, khasnya di Pantai Sabak, Kelantan. | SASTERA | Konsep |