Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khat] | خط

Definisi : Ar tulisan tangan yg cantik, yg dihasilkan dgn menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi: seni ~; mengekhatkan menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dgn tangan: serangkap ayat al-Quran yg dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khat] | خط

Definisi : tulisan tangan yg cantik (bkn tulisan Jawi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
MIR IMAD AL-HUSNI

Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015

M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di

Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas

bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq)

mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan

tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak

kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di

Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi.

Dari situlah dia menekuninya, kemudian

mencantikkannya dan menjadikannya lebih

terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak

kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan

kepakarannya dalam khat-khat yang lain.

Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak

pada keindahan hubungan dalam khat tersebut,

perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 
MUHAMMAD SYAWQIY

Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.–

1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal

dengan bidang kesenian penulisan khat Arab.

Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan

nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy).

Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam

dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana

bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari

khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy

hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M.

Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan

sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya

yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar

daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz

Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim

sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri

dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya.

UMUM 
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN

PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia.  Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK.  Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989.  sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya.  Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari.  Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan.

            PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat

BUDAYAPersatuan
WAN ABDULLAH WAN PUTEH

WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927-    ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah.  Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941.  Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950.

BUDAYATokoh
MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR

MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR (1930-    ), penulis khat. Dia lahir pada 14 Oktober 1930 di Bachok, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tawang (1939) dan Sekolah Melayu Bachok (1941). Kemudiannya dia menyambung pelajarannya di Madrasah al-Muhammadiyah al-‘Arabiyah di Kota Bharu (1942-1949). Dia juga mendapat Sijil Perguruan di al-Maahad al-‘ilmi al-Su’udi, Makkah (1954). Di samping itu, dia mengikuti pelajaran agama dan bahasa Arab di Masjidilharam. Pada tahun 1956, dia ke Mesir dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera, di Universiti Kaherah. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada tahun 1961.

BUDAYATokoh
MD. SALLEH MOHAMED HASAN

MD. SALLEH MOHAMED HASAN (1926-       ), penulis khat.  Dia lahir pada 29 April 1926 di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Md. Salleh lebih dikenali dengan nama Ustaz Embab.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paya Bunga (1933-1938).  Kemudian dia menyambung pelajaran di Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-‘Arabiyah, Kuala Terengganu (1939-1946).

BUDAYATokoh

Kembali ke atas