Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.tam] | ختم

Definisi : 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (mem­baca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penu­tup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.tam] | ختم

Definisi : tamat atau selesai (mengaji atau membaca Quran): Setelah ~ mengaji Quran, putera itu belajar menunggang kuda dan bermain tombak. berkhatam, = ~ Quran tamat atau selesai belajar atau membaca Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khatam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHATAM

 KHATAM, majlis atau upacara yang diadakan sebagai tanda tamat atau selesai mengaji (membaca) al-Qur’an. Upacara ini sekadar merupakan tanda ingat dan tanda terima kasih seseorang murid kepada guru al-Qur’an.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN IIIKapsyen          :           Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III

 

SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas