TUN JANA KHATIB | TUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu. Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib. Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah. Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI | SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI (1852/1860-1916), ulama Indonesia. Beliau lahir di Koto Gadang. Nama sebenarnya ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ayahnya, Khatib Nagari ialah saudara Datuk Rajo Mangkuto, Tuanku Laras Koto Gadang, manakala ibunya ialah saudara kandung ibu Syeikh Tahir Jalaluddin, pelopor gerakan pembaharuan Islam di Dunia Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KHATIB KOYAN ABDULLAH | KHATIB KOYAN ABDULLAH, ( ? - ? ) pemimpin masyarakat dan penghulu. Dia lahir di Sumatera, Indonesia. Dia datang ke Tanah Melayu dan menetap di Segambut. Kemudian semasa menjadi Penghulu Setapak, dia menetap di Batu 5 Jalan Gombak, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
MUHAMMADIYAH | MUHAMMADIYAH, organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar. Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUHAMMAD MUHAMMAD SAID | MUHAMMAD MUHAMMAD SAID (1888-1939), ulama dan penulis. Dia lahir pada 30 Januari 1888 di Kampung Dalam Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said. Ayahnya ialah Haji Muhammad Said Khatib bin Haji Jamaluddin adalah seorang ulama dan khatib, dan Hakim Mahkamah Tanah semasa pemerintahan Sultan Muhammad (m.m. 1900-1920). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL- | Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.), ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din. Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya masih hidup. Orang sezamannya memperakui kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal keduniaan. Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al- Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman. | UMUM | |
NAFH AL-TIB | Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah. Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Pengarangnya Abu al-‘Abbas, Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: “Nafh al-Tib oleh al-Maqqariy”. Ungkapan ini merupakan satu ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al- ‘Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn ‘Abd Rabbih dan kitabnya al-‘Aqad, Ibn Bassam dan kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al- Hamamah serta para pengarang lain dari Perpustakaan al-Andalusiyyah. | UMUM | |
IQNA' | Iqna’, kitab fiqah karya Muhammad bin Ahmad al-Syarbini al-Khatib, ulama mazhab Syafii dari Mesir yang hidup pada kurun ke-10. | AGAMA | Konsep |
DAMIRI MAHMUD | DAMIRI MAHMUD (1946- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 Januari 1946 di Hamparan Perak, Sumatera, Indonesia. Sejak kecil dia telah diperkenalkan dengan dunia kesufian dan filsafat Islam oleh ayahnya, Khatib Mahmud, Imam Besar Kesultanan Deli yang terkenal. Semasa memperkenalkan tokoh sufi dan filasuf Islam itu, ayahnya selalu menyelitkan ajaran moral sebagai pegangan hidup. Ibunya pula, Siti Rahmah, banyak memperdengarkannya syair Melayu dan hikayat lama. Latar belakang inilah yang mempengaruhi karyanya seperti cerpen, novel, dan terutamanya puisi. Damiri mengutamakan nilai keagamaan sebagai isi karya. | SASTERA | Tokoh |