KHATIJAH TERUNG | HATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung. | SASTERA | Tokoh |
KHATIJAH AWANG | KHATIJAH AWANG (1941- ), penari makyung. Dia lahir pada 3 Ogos 1941 di Kubang Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kota Bharu hingga Darjah Empat. | BUDAYA | Tokoh |
KHATIJAH SIDEK | KHATIJAH SIDEK (19181982), pemimpin dan pemidato wanita. Beliau lahir di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Khatijah binti Mohd. Sidek. Beliau memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada tahun 1931 sebelum menyambung pengajian di M.U.L.O. dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Pada tahun 1931, beliau bersama-sama 30 orang rakannya dibuang sekolah akibat kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITI HASMAH MOHD. ALI | SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 - ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan. Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor. Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga. Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |