RAVENNA | Ravenna (pend. 135 844) ialah bandar di utara Itali yang terkenal dengan khazanah kesenian dan seni bina. Bandar ini juga adalah pusat pertanian dan pembuatan. Sebuah terusan sepanjang 10 kilometer menghubungi Ravenna dengan Laut Adriatik. Untuk lokasi Ravenna, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) | Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan awam induk yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna, pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan merancang dan membangunkan prasarana perpustakaan di seluruh negara. | UMUM | |
ARKIB NEGARA MALAYSIA | Arkib Negara Malaysia ialah organisasi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan pemeliharaan khazanah persuratan yang berkaitan dengan sejarah negara. Arkib juga membekalkan maklumat bagi kepentingan masyarakat. Arkib Negara ditubuhkan pada 1 Disember 1957 dengan nama Pejabat Rekod Awam Malaya. | UMUM | |
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMA | BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMA, bahasa Melayu yang digunakan dalam khazanah karya agama. Karya agama dalam bahasa Melayu klasik dapat dibahagi secara kasar kepada tiga bidang menurut kandungannya. | BAHASA | Konsep |
PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |
MUZIUM NEGARA | MUZIUM NEGARA , muzium utama di Malaysia. Muzium negara berfungsi sebagai tempat menyimpan, memelihara, menyelamat dan mempamer khazanah warisan budaya negara. Koleksi yang dihimpun mempunyai unsur sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi yang diperoleh, sama ada melalui penyelidikan di lapangan, pembelian, hadiah, derma atau pinjaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TERUMBU SAWAR BESAR | Terumbu Sawar Besar ialah kelompok terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu ini menganjur di sepanjang pantai timur laut Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]). Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia yang disusun oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization – (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan Australia kini terletak dalam Taman Marin Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA | PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, perpustakan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis dan memberi perkhidmatan kepada pembaca, penyelidikan dan pengguna am. Perpustakaan Negara terletak di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara bermula sebagai sebuah perpustakaan negeri di Arkib Negara pada tahun 1966 dan kemudian menjadi sebuah Perpustakaan Persekutuan pada tahun 1977. Ketua Pengarahnya yang pertama ialah Paul C. Ratchaga. Pada tahun 1990, Perpustakaan Negara diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. Tujuan dan maksud Perpustakaan Negara termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (pindaan) 1987. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
LUTUNG KASARUNG | LUTUNG KASARUNG, cerita rakyat Sunda. Dalam khazanah sastera Sunda, Lutung Kasarung dianggap sebagai salah satu cerita pantun yang keramat di samping Ciung Wanara, Nyi Sumur Bandung, dan Mundinglaya di Kusumah. Sebagai sebuah cerita yang terkenal, di beberapa daerah tertentu dikenal dengan versi yang agak berbeza. Versi Bogor, misalnya, dikenal dengan nama Lutung Leutik. | SASTERA | Karya |
ANUGERAH TOKOH SASTERA WARISAN | Anugerah Tokoh Sastera Warisan, anugerah yang diberikan bagi menghargai sumbangan tokoh yang terlibat dalam perkembangan dan pemuliharaan khazanah sastera warisan Melayu. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |