Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khi.laf] | خلاف

Definisi : perbezaan pendapat antara seorang dengan seorang yang lain dalam menentukan hukum  (Kamus DBP versi dalam Talian)

[khi.laf] | خلاف

Definisi : salah (kerana kecuaian, kurang penga­laman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa; terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilap­an: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
khilaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan salah, keliru, silap;,
Kata Terbitan : terkhilaf, kekhilafan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMIDI, ABU AL-HASAN AL-

Amidi, Abu al-Hassan al- (551–631 H.), ahli ilmu

usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al-

Din ‘Ali ibn Abi ‘Ali ibn Muhammad ibn Salim al-

Tha‘labi. Dia bermazhab Hambali, kemudian

berubah kepada mazhab Syafi‘i. Dia pergi ke

Baghdad untuk belajar ilmu al-Qira’at, mahir

dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat)

dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan

Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal

dalam pengajian ilmu Fiqh Syafi‘i. Ramai yang

menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah

pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara

karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam,

Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab

al-Albab .

UMUM 
SHIRAZIY, ABU ISHAQ AL-

Shiraziy, Abu Ishaq al- (393–476 H. / 1003–1084M.),

ahli fiqh, sejarawan dan juga sasterawan.

Nama penuhnya ialah Ibrahim ibn ‘Ali ibn Yusuf al-

Shiraziy al-Shafi’iyy Abu Ishaq. Dia lahir di Fayruz

Abad dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di

sana. Kemudian dia berhijrah ke Shiraz dan Basrah

serta Baghdad. Dia berguru daripada ulama-ulama

terkenal di sana seperti Abu ‘Abdullah

al-Baydawiy, Abu Hatim al-Qazwiniy, al-Zujjaj, Abu

Bakr al-Barqaniy dan Abu al-Tayyib al-Tabariy.

Walau bagaimanapun berlaku sedikit perselisihan

antaranya dengan al-Tabariy dalam pengajiannya.

Ramai tokoh yang berguru padanya. Antaranya

ialah Abu ‘Abdullah al-Hamidiy, Abu al-Qasim al-

Samarqandiy dan Abu al-Hasan ibn ‘Abd al-Salam

dan ramai lagi. Al-Shiraziy sendiri pernah berkata:

“Semasa saya pergi ke Khurasan, di sana saya

tidak temui walau seorang kadi, mufti mahupun

khatib melainkan semuanya terdiri daripada murid-murid

dan sahabat saya”. Al-Shiraziy mengarang

beberapa buah buku yang menjadi bahan rujukan

dalam mazhab Syafi’i. Antaranya seperti al-Tabsirat

fi Usul al-Fiqh, al-Lam fi Usul al-Fiqh’ al- Nakt fi al-

Khilaf wa al-Tanbih’ al-Muhadhdhib Tabaqat al-

Fuqaha’. Al-Shiraziy meninggal dunia di Baghdad.

UMUM 

Kembali ke atas