DEATH VALLEY | Death Valley terletak khususnya di timur California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun 1849, sekumpulan peneroka memberi nama kepada kawasan lembah ini selepas mereka melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian daripada Death Valley National Monument. | UMUM | |
DIXIE | Dixie ialah nama sebuah lagu yang masyhur khususnya popular di bahagian selatan Amerika Syarikat. | UMUM | |
ALFALFA | Alfalfa ialah sejenis tanaman berharga yang ditaman khususnya sebagai makanan ternakan. Ia menggalakkan tumbesaran yang cepat dan kesihatan yang baik kepada haiwan, terutamanya lembu. | UMUM | |
WILLIAM PITT | William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham, dikenang khususnya sebagai “perancang kemenangan” dan pembina empayar ketika Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana kesungguhannya mempertahankan hak kolonis Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong membina perdagangan British dengan India. | UMUM | |
STALAGMIT | Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. | UMUM | |
LIEDER | Lieder ialah perkataan Jerman untuk lagu. Istilah ini merujuk khususnya kepada lagu seni yang ditulis oleh penggubah Jerman zaman romantis dari akhir tahun 1700-an hingga awal tahun 1900-an. Penggubah lieder yang dianggap paling penting ialah Franz Schubert. Penggubah terkemuka lain termasuk Robert Schumann, Johannes Brahms, Hugo Wolf, dan Gustav Mahler. | UMUM | |
SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
RIMSKY-KORSAKOV, NIKOLAI | Rimsky-Korsakov, Nikolai (1844–1908) ialah penggubah lagu dan guru Rusia yang terkenal. Dia khususnya dikenali kerana gubahan orkestra yang berwarna-warni dan penuh imaginasi. Gubahan ini termasuk Spanish Capriccio (1887), Scheherazade (1888), dan The Russian Easter Overture (1888). Unsur lagu-lagu rakyat Rusia boleh didengar dalam muzik Rimsky-Korsakov sama seperti dalam muzik koral atau deringan loceng gereja Ortodoks Rusia. | UMUM | |
TALLCHIEF, MARIA | Tallchief, Maria (1925– ), penari balet wanita Amerika yang pertama terlatih di peringkat antarabangsa. Dia terkenal khususnya kerana keunggulan teknikal tariannya. Tallchief memulakan penglibatan dengan menyertai kumpulan balet Ballet Russe de Monte Carlo dari tahun 1942 hingga 1947, tetapi kerjayanya lebih dikaitkan dengan New York City Ballet . | UMUM | |
PULLMAN, GEORGE MORTIMER | Pullman, George Mortimer (1831–1897) ialah pereka cipta dan ahli perniagaan Amerika. Pullman dikenang khususnya berhubung dengan gerabak tidur dalam kereta api yang dipertingkatkan dan digunakan secara umum di Amerika Syarikat. | UMUM | |