Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khu.syuÖ]/[khu.syu/] | خشوع

Definisi : Ar 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~; kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khu.syuÖ]/[khu.syu/] | خشوع

Definisi : dgn penuh minat (ketika mendengar syarahan, khutbah dll); dgn sebulat hati; dgn sungguh-sungguh (ketika bersembahyang dll): Mereka sedang ~ bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusyuk (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan sungguh-sungguh: penuh minat, sepenuh hati,

2. Bersinonim dengan rendah hati: rendah diri

Kata Terbitan : kekhusyukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MILKUL YAMIN

Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan

kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi

tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam

al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah

al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang

beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam

sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri

dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan

mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan

mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali

kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka

sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian

sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Surah al-Mu’minun 23:1–7)

UMUM 

Kembali ke atas