Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiai] | کياءي

Definisi : Jw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5. panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~ Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIAI SALLEH

Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu

yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese

Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke

atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun.

Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang

dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk

melancarkan penentangan tersebut.

UMUM 
KIAI HAJI AHMAD DAHLAN

Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868–1923), tokoh

agama dan ulama Indonesia. Dia ialah pelopor

pembaharuan Islam di Indonesia dan pengasas

pertubuhan Muhammadiyah.

UMUM 
KIAI HAJI ABDUL WAHID HASJIM

Kiai Haji Abdul Wahid Hasjim (1914–1953)

ialah ulama dan ahli politik terkenal Indonesia. Dia

menyertai gerakan kemerdekaan Indonesia dan

membuat perubahan radikal dalam kalangan pesantren

dengan memberi pelajaran bahasa asing seperti

bahasa Arab.

UMUM 
KIAI HAJI HASHIM ASYHARIKIAI HAJI HASHIM ASYHARI (1871-1947), ulama Indonesia, salah seorang pengasas Nahdathul Ulama, dan pondok pesantren Tebu Ireng (Jawa Timur). Dia lahir pada 14 Februari 1871 di pesantren Nggendang (Tambak Beras), Jawa Timur. Nama sebenarnya ialah Muhammad Hasyim. Ayahnya, Kiai Hasyim, dilahirkan di Demak (Jawa Tengah), mendirikan pesantren Keras, di Jombong (Jawa Timur).salasilahnya menunjukkan bahawa dia berasal daripada salah satu kerabat Jawa (Panjang). Selepas kematian isterinya pada tahun 1893, dia bersama guru yang juga bekas mentuanya pergi belajar ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAHPESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAH, institusi pendidikan Islam yang terletak di Amuntai, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada tahun 1920-an. Nama pesantren ini mengambil sempena nama pengasasnya Kiai Haji Abdurrasyid dan Kiai Haji Muhammad Khalid.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PESANTREN IBNUL AMIN

PESANTREN ABNUL AMIN, institusi pendidikan Islam yang terletak di Pamangkih, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada 25 Mei 1958 oleh seorang ulama, Kiai Haji Mahfuz Amin. Nama pesantren ini mengambil nama sempena nama datuk Kiai Haji Mahfuz Amin, iaitu Muhammad Amin, seorang ulama yang banyak jasanya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUHAMMADIYAH

MUHAMMADIYAH,  organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar.  Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PESANTREN

PESANTREN, pusat pendidikan agama Islam tradisional di Jawa dan Madura, Indonesia. Berasal daripada perkataan ‘senteri’, yakni guru mengaji, pesantren ialah tempat tinggal para santri. Sebuah pesantren ibarat sebuah asrama yang berupa lingkungan pondok, tempat para senteri tinggal bersama dan dibimbing oleh seorang atau lebih tok guru yang dipanggil ‘kiai’. Setiap pesantren mempunyai lima ciri asas iaitu pondok, masjid, santri, pengajaran kitab-kitab agama Islam yang klasik dan kiai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KOTAWARINGIN

KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Musta’ana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai  Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PESANTREN TEBUIRENGPESANTREN TEBUIRENG, pesantren moden di Jombang, Jawa Timur, Indonesia. Pesantren ini terletak di desa Cukir, lebih kurang 8 km sebelah tenggara kota Jombang. Pesantren ini adalah lembaga pendidikan Islam yang didirikan pada tahun 1899 oleh Kiai Haji Muhammad Hashim Asyhari, seorang ulama (1871-1947) yang kemudian digelar Hadratus Syekh (Tuan Guru Besar).SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas